Sains dan Al-Quran : Pengklonan Haiwan


﴿﷽﴾
In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful
Muqaddimah

﴿ اِقْرَاۡ بِاسْمِ رَبِّکَ الَّذِیۡ خَلَقَ﴾
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan”
[al-Alaq : 1]
…………………………………………………………………………………………………………
Inna Alhamdulillah, nahbuduhu wa nasta’inuhu wa nastaghfiruhu, wa na’uzubillah min syururi anfusina wa min sayyi’ati a’malina, man^yahdihillahu falaa mudhillalahu, wa man^yudhil falaa hadiyalah, wa ashadu ‘an~la ilaha illa Allah wahdahu la syarikalahu, wa ashadu ‘anna Muhammad ‘abduhu wa rasuluhu. Amma ba’d.

Segala puji hanya milik Allah subhana wata’ala, kami memujiNya dan memohon pertolongan padaNya dan ampunan kepadaNya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri kami dan kejelekan amalan perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petujunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Dan barangsiapa Allah sesatkan, tidak ada yang dapat memberi petunjuk kepadanya.
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu hambaNya dan RasulNya.

Alhamdulillah, bersyukur diriku kepada Allah kerana dengan izinNya Yang Maha Kuasa, saya dapat berkongsi bersama anda, sebuah topik yang cukup menarik, iaitu "Pengklonan Haiwan Dalam Al-Quran". Dalam apa yang saya ingin sampaikan ini, Allah menyatakan dalam al-Quran tentang pengklonan haiwan. Namun manusia dahulu tiada sains dan teknologi canggih untuk mengklon haiwan. Namun, tidakkah anda terfikir, bagaimana seorang Rasul itu tahu perkara yang akan terjadi beribu-ribu tahun akan datang, yakni sains pengklonan haiwan ini? Adakah dengan sengaja teka-teka? Tidak sama sekali, mestilah ada sesuatu yang lebih berkuasa memberitahu baginda   iaitu Allah.

........................................................................


وَّلَاُضِلَّنَّہُمْ وَلَاُمَنِّیَنَّہُمْ وَلَاٰمُرَنَّہُمْ فَلَیُبَتِّکُنَّ اٰذَانَ الۡاَنْعٰمِ وَلَاٰمُرَنَّہُمْ فَلَیُغَیِّرُنَّ 
خَلْقَ اللہِ ؕ وَمَنۡ یَّتَّخِذِ الشَّیۡطٰنَ وَلِیًّا مِّنۡ دُوۡنِ اللہِ فَقَدْ خَسِرَ خُسْرَانًا مُّبِیۡنًا ﴿۱۱۹﴾ؕ
[Syaitan berkata :]"Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah". Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata."
[An-Nisa' : 119]



........................................................................


Firman Allah swt : {lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu},  yakni : seperti yang kita tahu dalam sains, bidang biologi khususnya -- pasti anda akan belajar mengenai tentang "Divisi Sel", mengenai pengklonan mitosis. Saya akan terangkan serba sedikit mengenai hal ini.

Pengklonan mitosis[Mitosis Cloning]

Pengklonan adalah proses menghasilkan ciptaan hidupan baru dengan cara mitosis. Setakat ini, haiwan yang berjaya diklonkan adalah seekor kambing yang diberi gelaran "dolly".

1. Sel somatik diambil daripada penderma sel somatik. Dan paling berkesan adalah diambil daripada telinga haiwan tersebut. Anda pasti pernah terlihat lembu yang ditindik telinganya. Hal ini adalah untuk mengambil sel somatiknya dan sebagai nombor siri haiwan tersebut.


2. Sel somatik ini dimasukkan ke dalam telur sel daripada haiwan lain pula melalui "electric shock". Kemudian sel ini dimasukkan ke dalam rahim penyumbang sel telur tadi, dan haiwan yang diklon akan dilahirkan.



Beginilah cara bagaimana haiwan itu diklonkan.

Dan sesungguhnya, hal ini telah disebutkan dalam al-Quran, dan dibuktikan dengan kemajuan sains. Maha Suci Allah, Dia telah menunjukkan KebesaranNya kepada kita, namun mampukah kita lari daripada kebenaran setelah datang kepada kita kebenaran, malahan dengan bukti yang kukuh lagi.

Mohamad Zafranudin

Penulis blog biasa AkuCintakanIslam.blogspot.com serta CodeNRecipe.wordpress.com, sedang menyambung pelajaran dalam Bsc(Hons) Computing Science. Gemar menulis code(programming) dan projek elektronik.

Semoga Allah memberkati kita semua, inshaAllah.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum...terima kasih atas perkongsian ilmu. Saya ingin bertanya, adakah halal memakan sembelihan haiwan yang diklon? Dan selain dalil al-Quran dalam surah An-nisa' ayat 119, adakah dalil-dalil lain atau hujjah-hujjah berkaitan pengklonan haiwan ini?

    BalasPadam
  2. Waalaikumusalam =) sama2.

    adakah haram atau halal?

    Makanan yang haram dimakan adalah yang berasal daripada babi, anjing atau keturunannya. Mengapa disebut keturunannya? Kerana saintis sekarang berjaya mengklon haiwan seperti mengambil maklumat genetik khinzir dan mencampurkannya ke dalam kambing(sebagai contoh), maka, anak yang dilahirkan kambing itu akan terdapat darah khinzir, maka haram makan keturunan babi. Walllahu alam. Elakkan makan makanan yang diklon, kerana terdapat kemungkinan haiwan itu telah dicampur dengan daging haiwan yang haram dimakan. Jauhilah perkara yang was-was, kerana menjauhi perkara was-was memelihara imanmu.

    BalasPadam