Tentang Penulis



السلام عليكم

Selamat Sejahtera

안녕하세요

Hello


Biodata Asas

Khaifa halukum? Apa khabar sahabat-sahabat? Harap sihat sentiasa. Mengenai diriku, daku hanyalah seorang hamba Allah yang biasa sahaja, namun, ingin sekali daku mendekatkan diriku dengan Allah sedekat-dekatnya,inshaAllah boleh, kalian juga boleh =)

Namaku, Mohamad Zafranudin Ibn Mohamed Zafrin Ibn Haji Ali Ibn Abdul Ghani Ibn Rahman.

Ku amat meminati ilmu-ilmu akhirat, yakni ilmu agama termasuklah arab waupun sedikit sahaja yang diketahui. Tidak lupa juga ilmu duniawi, yakni kimia dan fizik serta ilmu hisab. Umurku mencecah 18 tahun pada tahun 2013 ini, dan ku mula menjejak kaki di bumi pada tarikh 17 November 1995 pada jam 6 pagi di Hari Jumaat, wallahu 'alam...

Demikian serba sedikit tentang biodata ku, sebarang komen anda untuk blog ini amatlah diharapkan untuk kebaikan semua pembaca blog ini. Jazakallah, assalamu'alaikum wa ilalliqa'=)

Imam Syafie pernah ditanya mengenai ilmu, dan jawab beliau :

"Ibarat seorang ibu mencari anak tunggalnya."

Yakni, ilmu itu sekiranya kita menemuinya, ilmu tersebut akan menjaga kita meskipun kita mati. Sama halnya seperti ibu  tersebut, apabila menemukan anaknya, anaknya akan menjaganya sehingga dia mati. Namun apabila ibu tersebut tidak menemui anaknya, diri si ibu tersebut merana, bahkan mati tiada siapa mahu mengebumikannya. Sama halnya juga seperti ilmu, apabila kita tidak menuntut ilmu, maka kehidupan kita dan mati kita akan sengsara.

(Penerangan ini adalah menurut fahaman saya sendiri, tidak tahu bagaimana pula orang lain menafsir pujanga Imam Syafie tersebut, wallahu alam bi sowwab.)


Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana menuntut ilmu itu satu kewajipan kepada umat Islam, dan kerjakanalah ibadatmu kerana Allah swt dan tinggalkan laranganNya, inshaAllah, jannah menanti =)

"Yang paling pintar antara kamu adalah paling banyak mengingati mati dan banyak amalan untuknya"

Andai sekadar ingat mati, tetapi tiada amal, tiada gunanya juga. Maka perbanyakkanlah amalan anda. Apa anda mahu terjunam di dalam titian as-Sirot, di mana dasarnya 70 000 TAHUN dalamnya, wallahu alam. Andai di dunia, anda terjun begitu, mungkin belum sempat sampai dasar anda sudah meninggal. Inikan pula di akhirat, kita tidak tahu bagaimana rupanya.

~Putera Mujahid Islam

Biodata Tambahan:

Bahasa Yang Diketahui.

(1) Bahasa Melayu (Malay Language)
(2) English Language (English Language)
(3) الغة  العربية (Arabic Language)
(4) Bahasa Indonesia (Indonesian Language)
(5) 한국 (Korean Language - Hangul)

Status Belajar.
Bsc (Hons) Computing. Major in Database, Web Development and Programming

Kemahuan Jangka Panjang.

(1) Menguasai ilmu al-Quran.
(2) Merantau keliling dunia.
(3) Menetap di luar negara(belajar adab).
(4) Menguasai 25 bahasa asing sepanjang hayat.
(5) Membahagiakan ibu ayah.
(6) Mengajar di usia tua.

Kemahiran Tambahan
(1) Bermain violin dan piano
(2) Suka menulis.


Status Perkahwinan.

Bujang.

Tempat Tinggal dan Lahir.

Alor Gajah, Melaka.

Pilihan Tempat Menuntut Ilmu

Madinah al-Munawwarah.

Wallahu alam.

18 ulasan:

  1. assalamualaikum...nama saya hafizuddin...saudara, saya ingin copy sedikit sebanyak ttg article2x yg saudara postkan d blog ini...oleh itu saya ingin minta izin dahulu...dan mohon maaf sebab telah saya copy satu article ttg kisah harut dan marut...hehe...moga2x ilmu akhirat kita bertambah...insyaALLAH...WALLAHU A'LAM...

    BalasPadam
  2. Waalaikumusalam saudara Hafizuddin, ya silakan, tiada halangan. Lagipun artikel tersebut saya petik daripada Kitab Qisas Al-Quran oleh Ibn Katsir. Yang mana baik ambillah, yang mana buruk tinggalkan dan tegur saya ya saudara :) insha-Allah

    BalasPadam
  3. Asalamualaikum kepada adik hafizuddin terima kasih banyak,blog ini banyak membantu
    tentang lumrah kehidupan bercinta dan kekeluargaan menurut syariat
    moga ramai lagi adik-adik remaja diluar sana yang akan baca blog ini.........dan muslimin muslimat

    syukron jazilan........khairul....


    BalasPadam
  4. *adik Zafranudin

    BalasPadam
  5. Waalaikumusalam warohmatullah saudara khairul. Terima kasih, saya harap lebih ramai pembaca akan mendapat manfaat dari blog ini, semoga Allah memberi kita semua taufik dan hidayah, ameen.

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum...sahabat boleh mintak tolg promote page kt fb ni x? nk cri pahala lebih...cb berdakwah sikit2... ni page kt fb http://www.facebook.com/LoveIslam30 ...

    BalasPadam
  7. Insha-Allah. Semoga bermanfaat dan istiqomah dalam berdakwah. Niat kerana Allah, jangan kerana duniawi/nama.

    *Nasihat*

    BalasPadam
  8. assalamualaikum, sy mohon izin saudara utk sy copy salah satu article tentang cara2 meninggalkan maksiat yg saudara tulis, sy dah copy pun, maafkan sy, mohon halalkan ilmunya ya? jzkk
    -nasuha

    BalasPadam
  9. Silakan, saya tidak larang pun :-) memang saya buat blog ni khas untuk perkongsian ilmu. Maka, no problem.

    BalasPadam
  10. Cerita soal vatican..paus san semua itu..apakah benar?karena semuanya terlalu menakutkan ..

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum w.b.t, saya nak bertanya, apa hukum menyanyi depan orang ramai bagi perempuan?

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum.. Sye ingin menanyakan satu soalan..Adakah suara perempuan itu aurat?

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum..terima kasih sudah mau berbagi ilmu dengan artikel ini. sangat menarik..thx.

    BalasPadam
  14. assalmmualaikum saudara..saudara,,sya ada bberapa prkara yg ingin dikethui ??adakah sya boleh berurusan dgan saudara terus dr blog ni atau saudara ada laman sembang untuk kami yg sdikit naif tntang islam lbih mndalam lg

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah dan taniah sebab ada anak muda macam saudara yang mencintai ilmu dan menmanfaatkanya bukan untuk diri sendiri sahaja malah berkongsi untuk menjadi rujukan buat semua moga Allah s.wt. memberkati usaha mu. Amin..

    BalasPadam
  16. Alhamdulillah terima kasih semua. Haluan ini banyak cabaran sepanjang 6 tahun saya blogging(bermula 2010).

    InshaAllah, saya akan usaha naik taraf blog ini dengan membeli domain .com dan sebagainya dengan ilmu IT yg telah sy pelajari.

    Doakan juga pengajian computing science sy habis dengan baik, kerana terdapat masalah kewangan untuk menamatkannya. InshaAllah, dengan izin-Nya.

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
    Kami merupakan Pelajar Fakulti Sistem Komputer dan Kejuruteraan Perisian dari Universiti Malaysia Pahang sedang mengadakan satu kajian mengenai pegetahuan am mengenai isu Etika dan Dasar Komputer (Computer Ethic in Policies) di kalangan Bloggers.

    Kami sedang mengikuti kelas BCN3133 Komputer Etika dan Polisi . Kursus ini memperkenalkan gambaran bagaimana komputer telah terjejas masyarakat dan bagaimana mereka boleh menjejaskan lagi pada masa akan datang. Pelajar akan belajar bagaimana untuk meneliti pelbagai isu-isu etika komputer sekitarnya. Ini termasuk cetak rompak, hacking, virus, tanggungjawab dan liabiliti untuk penggunaan perisian, cyberporn, serangan berkomputer privasi, komputer di tempat kerja, dan penggunaan sistem risikan dan pakar tiruan. Kursus ini juga akan mempertimbangkan banyak isu-isu moral dan isu profesional yang lain yang mungkin dihadapi oleh orang-orang yang bekerja dengan komputer.

    Oleh yang demikian, kami berharap anda sudi menjawab soalan kajian melalui pautan berikut:

    https://docs.google.com/forms/d/15oH3RdW9-n_VtXESGRHwRY91cTXvfO1qPzrabAH2OpM/viewform

    Terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan.

    BalasPadam
  18. Assalmu'alaikum Wa Rahmatulla
    Salam ukhuwah akhi Ana min Indonesia :D
    Saya ijin share Postingan Antum ke blog saya ya Akhi
    nastapedia.blogspot.com
    Syukron wa jazaakallahu khoiran katsir

    BalasPadam